my story hear ^^ jangan lupa follow blog scha kayy :)

them ;)

ku memohon dalam sujudku padamu
ampunkanlah segala dosa dalam diri :(

tips memujuk sape2 yang merajuk :P

Salam 1 blogger ! 

okey guys ! selamat petang semua . . ^_^ hehe . . petang nie scha nak share something . . jeng3 ~~ tu, tengok la tajuk dekad ats tu . . hehe . . ekceli,scha nak share tips untuk pujuk sape lah yang tengah merajuk dengan korang . . atau lebih spesifiknya tips untuk memujuk si dia . . hehe . . 

okey,lets check it out guys ! ^_^


1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.


2. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.

3. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda

Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari internet membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.


4. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.

orait guys ! da bace ? so ape macam ? next time kalau sape merajuk,ikut tips nie okayyy ;D hehe . .
p/s :: SCHA COPY PASTE JE TIPS NI . . SAJER NAK SHARE DENGAN KORANG SEMUA ;) HEHE

tocey-2 sebab baca post nie ;)

1 comment:

Post a Comment

hyep !
sila tinggalkan komen korang kat sini kayyy ;)

COPYRIGHT@SEGALA YANG DITULIS DI SINI ADALAH MILIK SCHA KECUALI DINYATAKAN